alt gambar alt gambar alt gambar alt gambar

Beza Soft Aiskrim Dan Hard Aiskrim

Beza Soft Aiskrim Dan Hard Aiskrim

Sebelum nak bercerita info tentang perbezaan antara kedua jenis soft aiskrim dan juga hard aiskrim. Kalau korang pernah makan antara contoh ialah aiskrim di Mcd bila guna mesin yang tekan je magik keluar otomatik aiskrim, mesin aiskrim itu dipanggil mesin soft aiskrim. Hard Aiskrim atau lebih dikenali aiskrim colek kebiasaan diletak atas kon, dijual kebiasaan oleh peniaga aiskrim bermotor. Perbezaan ketara kedua adalah dari segi cara proses pembuatan bahan dan tektur aiskrim  tersebut.

Biasa pelanggan tidak akan faham perbezaan antara aiskrim sorf juga lembut dan aiskrim hard juga keras? Biar saya tidak perlu anda bertanya, saya menerangkan ringkas walaupun ia bukan bahasa yang mudah untuk anda faham, ini kerana hanya bahasa saya tapi diharap anda semua boleh faham. Cara pembuatan aiskrim perlu juga mesin khas, jika ingin tahu lanjut berminat untuk berniaga aiskrim serta fungsi mesin aiskrim anda boleh baca disini - Jenis Mesin Aiskrim

Maksud Soft dan Hard Aiskrim

Apa yang dimaksudkan dengan ais krim keras adalah aiskrim yang mempunyai tekstur yang padat, tetapi tidak keras seperti ais kiub atau ais batu. Dengan teksturnya yang padat, persembahannya agak mudah, biasanya menggunakan skop ais krim colek letak atas kon. Manakala apa yang dimaksudkan dengan ais krim lembut adalah jenis ais krim yang sangat lembut yang umumnya persembahan wajib mesti menggunakan mesin aiskrim soft lembut kerana ia tidak boleh dihidangkan dengan menggunakan sudu ais krim.

Bagaimana untuk membuatnya?

Bolehkah aiskrim tadi guna kaedah manual dengan pengadun tangan?
Bagaimana Membuat bancuhan Hard Aiskrim akan dikongsi dimasa akan datang juga serbuk ais krim keras. Bagaimana untuk guna mesin aiskrim tersebut juga akan diuraikan? Sebenarnya terpulang kepada anda yang ingin menjual, anda boleh membuat pilihan anda sendiri. tetapi jika tidak ada satu pengalaman, saya memberikan anda sedikit gambaran. Untuk aiskrim keras boleh dihidangkan terus dalam cawan, kon atau gelas makanan menggunakan sudu ais krim. Juga boleh juga disatukan dengan roti atau ia juga boleh disatukan dengan pelbagai jenis minuman. Untuk hidangan aiskrim soft lembut boleh dihidangkan secara langsung dalam cawan atau kon menggunakan mesin aiskrim soft lembut. Untuk ciptaan menu ais krim lembut, anda juga boleh membuat aiskrim pelbagai perisa. Sehingga terdapat lebih banyak gambar yang saya akan berikan contoh gambar aiskrim soft lembut dan aiskrim hard keras.

Tempahan Katering Aiskrim

Tempahan aiskrim bagi pakej katering terbaik untuk majlis boleh hubungi kami di bahagian - Contact Us - Di laman www.aiskrim4u.com.