alt gambar alt gambar alt gambar alt gambar

Sejarah Aiskrim Sundae
Aiskrim Sundae

Sejarah Aiskrim Sundae

Dari kisah pelbagai sumber macam mana dapat nama aiskrim sundae, mula mendapat namanya melalui dari perkataan hari AHAD. Jika ia diterjemah ke dalam bahasa inggeris menjadi SUNDAY. Pada masa dahulu, undang undang negeri Illinois di Amerika Syarikat melarang pemakanan dan penjualan ais krim pada hari ahad. jadi penjual ais krim pada waktu itu terpaksa mencari cara lain untuk memastikan ais krim mereka boleh terjual, sebab hari ahad hari ramai orang keluar ke bandar bercuti dan amatlah rugi jika mereka gagal menambah pendapatan dan sebagai alternatif aiskrim tadi diletakkan ia sirap dan topping pada aiskrim kerana pada masa itu kalau ada topping ia bukan dikira sebagai ais krim, tetapi jika ia merujuk kepada perpustakaan di illinois, perbuatan memakan sundae pada masa itu  itu dikira meminum soda bukannya memakan ais krim (agak pelik) 

Kisah AisKrim Sundae

Aiskrim sundae mula wujud pada penghujung abad ke-19. Terdapat beberapa orang individu yang telah mengaku bahawa merekalah orang yang pertama mencipta aiskrim sundae, tetapi seperti Robert Green juga dakwaan mereka tidak disusuli dengan bukti yang dapat menyokong pengakuan mereka.
Ada sumber menyebut aiskrim sundae terhasil disebabkan oleh bantahan terhadap Blue Laws, dimana mengikut Blue Laws pada setiap hari Ahad penjualan barang-barang tertentu termasuk soda adalah dilarang. Selain individu terdapat juga beberapa buah bandar seperti Buffalo, Two Rivers, Ithaca, dan Evanston mengaku bahawa aiskrim sundae berasal dari bandar mereka.
Baca Juga - Sejarah Aiskrim

Apa itu aiskrim sundae

Sundae adalah pencuci mulut ais krim manis. Ia biasanya terdiri daripada satu atau lebih sudu ais krim ditambah dengan sos atau sirap, dan dalam beberapa kes topping lain yang termasuk sprinkle, krim putar, kacang tanah, ceri maraschino, atau buah-buahan lain ikut kreativiti topping pelbagai rasa dan perisa contohnya, pisang dan nanas dalam banana split. Menurut Kamus Inggeris Oxford, asal-usul istilah sundae adalah kabur; walau bagaimanapun, adalah diterima secara umum bahawa ejaan "sundae" berasal dari perkataan Inggeris "Sunday".


Sumber : wikipedia

Buku Resepi Aiskrim Sunday
Buku Resepi Aiskrim Sundae

Penjualan Buku Resepi Untuk Aiskrim Sundae

Siri Aneka Citarasa : Aneka Sajian Ais Krim Sundae

Tidak ada pencuci mulut yang lebih menarik dan mudah dihasilkan selain daripada ais krim sundae. Walaupun cara membuatnya sederhana, namun ia boleh dipelbagaikan jika dibandingkan dengan sajian yang lain. Sundae adalah ikon pencuci mulut dari Amerika Variasi ais krim sundae sangat menarik dengan tambahan aneka sos, buah-buahan dan taburan kekacang. Buku ini memuatkan 14 resipi ais krim sundae yang mudah dibuat sebagai pencuci mulut yang digemari dan popular, antaranya banana split, hot fudge, sundae dan peach sundae. Hidangkan sundae kegemaran buat tetamu anda. Pastinya mereka gembira. Boleh dapatkan buku tersebut di mphonline dengan harga menarik.

Sumber : mphonline
aiskrim sandae mc donalds
Aiskrim sundae mcd

Aiskrim Sundae di mc donalds

Di Malaysia mcd juga ada produk aiskrim sundae menu seperti sundae chocolate dan sundae strawberry yang cukup terkenal itu, aiskrim sundae ni lembut krim siap ada topping perisa diatasnya. Ia diletak atas kon yang rangup, jadi aiskrim yang diminati oleh ramai pengemar aiskrim. Apa pula kon aiskrim boleh baca link dibawah ini yea.
Baca Juga - Aiskrim Kon

Yang terbaru banyak lagi keluaran aiskrim mc donalds ni, yang viral Super Hot ialah menu seperti King of Durian antaranya seperti :
  • D24 Durian Mc Flurry
  • D24 Durian Sundae
  • D24 Durian Hot Cake
Ada masa tengah top dan viral ni sentiasa cepat habis, sedap tu durian tak dapat nak dibayangkan rasanya. Apa lagi boleh serbu bagi pecinta buah durian selagi stok masih ada. Mc donalds memang terkenal dengan aiskrim keluarannya banyak yang SEDAP, terutamanya aiskrim kon perisa vanila! ada perisa vanila lagi.. Hai macam macam la. Ada lagi aiskrim keluaran mc donalds yang lain seperti dibawah :
  • Choco Top
  • Sundae Cone
  • Green Tea Mc Flurry
  • Oreo Mc Flurry
Banyak lagi, Lebih-lebih lagi pernah tular bahawa aiskrim vanila boleh mengurangkan berat badan dan amat sesuai untuk orang berdiet. Betul ke? Hahaha diet aiskrim.. Biasa orang takut makan aiskrim banyak sebab takut gemuk, ini boleh kurus makan aiskrim. Nak katering aiskrim boleh tempah dengan kami. Itu sahaja nak cerita sejarah aiskrim sandae dari pelbagai sumber.

Tempahan Katering Aiskrim

Berminat untuk tempahan aiskrim bagi pakej katering terbaik untuk majlis boleh hubungi kami di bahagian - Contact Us - Di laman : www.aiskrim4u.com.